SELAMAT DATANG.....UNTUK PERTANYAAN BERKAITAN TAKAFUL IKHLAS BOLEH TINGGALKAN PESANAN @ HUBUNGI SAYA:ZULHILME@ABGANGAH 016-763 2585 abgangah@hotmail.com

Khamis, 21 Mei 2009

MENGAPA MESTI STRESS?


STRESS DI TEMPAT KERJA

1. DEFINASI
Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang

-TEKANAN / STRESS
STRESS ITU UJIAN ALLAH S.W.T

Surah Al-Baqarah(2):155
Firman Allah yang bermaksud:

“Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.

Mafhum Hadis…….

“ Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan” ( Riadus Solihin )


2.TANDA-TANDA TEKANAN
-Perubahan fizikal
-Perubahan Emosi
-Perubahan Sikap

2.1 PERUBAHAN FIZIKAL
-Sakit
-Terlalu kurus / gemuk
-Hilang keceriaan diri
-Lesu / letih
-Terlalu / tidak langsung berhias
-Agresif
-Suka mengelamun
-Sering lupa
-Mengasingkan diri

2.2 PERUBAHAN SIKAP
-Mudah marah
-Mudah bosan
-Tidak mampu menguruskan diri / kerja
-Suka Mengalihkan kemarahan
-Sentiasa berpandangan negatif
-Hilang pertimbangan / separa sedar

2.3 PERUBAHAN EMOSI
-Terlalu cemburu
-Penyedih dan sensitif
-Terlalu gembira / riang
-Ego dan mementingkan diri
-Kemurungan
-Kerisauan / kebimbangan


3. KESAN TEKANAN
#POSITIF
-Sumber motivasi diri
-Perubahan positif
-Kecemerlangan diri
-Kuat berusaha
-Persaingan diri
-Optimis
-Keyakinan diri

#NEGATIF
-Prestasi menurun
-Resah gelisah
-Hilang kesabaran diri
-Rasa bersalah
-Rendah diri
-Pesimis dan sensitif
-Hilang pertimbangan diri


4. TEKNIK MENGURUS TEKANAN
#Muhasabah diri / koreksi diri
#Mengenali punca-punca tekanan:
- Kurang Kemahiran
- Kurang Ilmu
- Kurang Komunikasi
- Hubungan dengan orang atasan dan bawahan
- Pengurusan Masa tidak cekap
- Masalah keluarga/kewangan dll

#Ambil tindakan tertentu:
- Menghadiri kursus
- Dapatkan bantuan pakar
- Meningkatkan ilmu/kemahiran komunikasi dll


5. PUNCA TEKANAN
#FAKTOR DALAMAN
#FAKTOR LUARAN
#FAKTOR ISU SEMASA

5.1 FAKTOR DALAMAN
-Keinginan melakukan yang terbaik
-Terlalu ideal
-Tiada keyakinan diri
-Putus asa / rendah diri
-Kurang pengetahuan agama
-Terlalu menjaga kepentingan orang lain
-Desakan untuk mendapat pujian / penghargaan
-Kaki kerja (workholic)
-Gagal menguruskan masa

5.2 FAKTOR LUARAN
-Ketua / majikan ( arahan tidak jelas & tidak sekata)
-Konflik Pasangan hidup (suami / isteri)
-Konflik keluarga (anak bermasalah, penceraian ibubapa, dll)
-Pengaruh dan masalah dengan Rakan / sahabat / jiran
-Perubahan kerja yang terlalu kerap
-Penempatan yang terlalu lama di suatu tempat kerja
-Persekitaran dan kurang kemudahan/prasarana
-Tidak mendapat penghargaan

5.3 FAKTOR ISU SEMASA
-Kegawatan ekonomi dunia
-Malapetaka / musibah
-Jatuh sakit
-Perubahan politik
-Kehilangan orang yang disayangi / tempat bergantung
-Perubahan status / kedudukan
-Gagal dalam memenuhi kehendak jabatan
-Perpisahan dan perceraian


6. TINDAKAN PEMULIHAN TEKANAN
-Ubah rutin hidup
-Latih diri dengan situasi baru
-Bertenang, sabar, kawal, abaikan
-Latih berfikir secara positif dan berusaha membuat perubahan positif
-Redha dan menerima situasi

-Dapatkan sokongan emosi daripada orang yang mempunyai hubungan rapat (kawan,ibubapa, suami isteri)
-Rehat, bercuti atau pindah
-Bersenam
-Sedar tahap keupayaan diri
-Seimbangkan aktiviti kehidupan
-Membuat perancangan yang teratur
-Pertingkatkan kemahiran / pengetahuan dalam pelbagai bidang

-Pertingkatkan ibadah / taqarrub kepada Allah
-Elakkan perkara yang dilarang agama / mendatangkan kemudaratan kepada diri
-Dapatkan nasihat pakar


7. PENAWAR ROHANI
#SOLAT
a. hajat
b. taubat

Firman Allah yang bermaksud: “ Mintalah pertolongan dengan Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang”. ( Al-Baqarah (2):153)

#DOA
- Doa mengelakkan lapan perkara:
1. Rasa sedih
2. Dukacita
3. Malas
4. Lemah
5. Penakut
6. Bakhil
7. Bebanan hutang
8. Gangguan Manusia

#ZIKIR
- Sebutlah nama Allah, Insyaallah hati kamu akan tenang.

#BACA AL-QURAN
- al-Quran adalah penawar bagi segala penyakit


8. KESIMPULAN
Setiap manusia tidak terlepas dari ujian hidup. Yakinlah setiap masalah ada jalan penyelesaian dengan syarat tabah meghadapi segala ujian…………

0 comments:

Catat Ulasan